Hari ni aku beli rm20 cengkerik, 6 ekor mice dan 2 ekor syrian hamster. Dengan confidentnyer aku letak kat keta sementara aku pergi berurusan ke sana ke sini. Panas memang terik masa ni. Aku cuma harapkan aircond kereta jer yang mampu sejukkan binatang-binatang ni.. Entah kenapa tiba-tiba aku dengar bising-bising kat belakang. Rupa-rupanya 6 ekor mice dah terlepas merayap kat belakang. Haha.. gabra ader.. nak tergelak lagi ler.. Sangat-sangat melucukan. Pas amik satu persatu masuk dalam akuarium yang aku beli tuk gecko aku.. aku pun teruskan perjalanan balik. Sampai jer kat rumah.. bila nak kuarkan hamster dari dalam kotak.. dua-dua ekor dah keras. Mak aii... tak sampai 2 jam aku tinggalkan dalam keta dah bleh jadi macam tu. Buang jer ler nak buat macamana. Buka plastik cengkerik semuanya mati. Aduhh... Rugi besar hari ni. Nasib baik hedgehog aku main bantai jer makan cengkerik walaupun cengkerik mati.. Kalau nak bagi gecko.. jangan mimpi ler dia nak sentuh kalau cengkerik tu tak bergerak. Ahh... Entahlah hari ni.. hari yang malang atau hari yang melucukan.. huhu...