OMG!!

By Ally Hanafi

Hari ni aku beli rm20 cengkerik, 6 ekor mice dan 2 ekor syrian hamster. Dengan confidentnyer aku letak kat keta sementara aku pergi berurusan ke sana ke sini. Panas memang terik masa ni. Aku cuma harapkan aircond kereta jer yang mampu sejukkan binatang-binatang ni.. Entah kenapa tiba-tiba aku dengar bising-bising kat belakang. Rupa-rupanya 6 ekor mice dah terlepas merayap kat belakang. Haha.. gabra ader.. nak tergelak lagi ler.. Sangat-sangat melucukan. Pas amik satu persatu masuk dalam akuarium yang aku beli tuk gecko aku.. aku pun teruskan perjalanan balik. Sampai jer kat rumah.. bila nak kuarkan hamster dari dalam kotak.. dua-dua ekor dah keras. Mak aii... tak sampai 2 jam aku tinggalkan dalam keta dah bleh jadi macam tu. Buang jer ler nak buat macamana. Buka plastik cengkerik semuanya mati. Aduhh... Rugi besar hari ni. Nasib baik hedgehog aku main bantai jer makan cengkerik walaupun cengkerik mati.. Kalau nak bagi gecko.. jangan mimpi ler dia nak sentuh kalau cengkerik tu tak bergerak. Ahh... Entahlah hari ni.. hari yang malang atau hari yang melucukan.. huhu...

Read More...

 

Mice Beranak 8!!~

By Ally Hanafi


Hari ni aku balik rumah.. secara kebetulan.. mice aku pulak beranak 8.. hihi.. macam tau-tau jer diorang ni.. tiap kali aku balik.. tiap kali tu jugala diorang beranak... agaknyer memang tunggu aku balik kot baru nak beranak. Erm.. dah cuba bagi makan gecko anak dia ni.. tapi macam gecko tu buat derk jer.. so aku amik balik letak semula kat mak dia.. nasib ler mak dia tak makan. Kesimpulannyer.. generasi ini akan dibiarkan membesar untuk menjadi induk supaya dapat lahirkan anak-anak mice yang lebih banyak.. hihi...


Read More...