Setelah sekian lama mencuba untuk mengahwinkan si Panda yang degil ni.. akhirnya tak disangka-sangka hari ni.. berjaya juga si jantan memanjatnya dengan girang dan kejung. 3 kali aku perhatikan si jantan kekejungan. Tapi yang menghampakan.. si jantan ni cuma arnab local.. huhu.. dah lama aku mengimpikan untuk mengahwinkan si Panda dengan LionHead Nicholas Jr.. tapi tak per ler. Asalkan dia dapat bunting dan melahirkan dengan sihat walafiat. Huh.. penantian selama 32 hari lagi. Mudah-mudahan berhasil.

Si Panda yang degil.. !!

Cerita lain pula.. sedang aku gigih nak bagi makan hedgehog aku.. bukan main tak bergerak lagi. Selalu aku baling ulat.. confirm terus tangkap. Kali ni pelik pula. TIBA-TIBA... keluar sesuatu dari lobang dia benda berwarna hitam besar.. mak aii.. berak pulak dia. Tapi sebesar itu?! Rupa-rupanyer bukan tahi, tapi anak dia yang pertama. Kenapa kaler hitam?! Aku pun tak tau ler.. tiba2 aku tengok balik.. dah tukar kaler pink + putih. Mungkin membran kot. Tapi yang kuar ni tak bergerak2.. mati ke? Kemudian aku biarkan.. 10 minit kemudian.. keluar lagi sekor.. pun tak bergerak juga. 5 minit kemudian.. keluar lagi sekor.. yang ni baru bergerak. So confirmla yang 1st dan 2nd mmg dah mati dari dalam perut lagi. Jangan silap ek.. aku tak tengok secara direct pun masa dia melahirkan hoglets ni.. aku sembunyi2 agar dia tak terganggu. Tapi aku penuh rasa yakin yang sekor ni pun belum tentu hidup.. Tapi kalau hidup.. syukur alhamdulillah. Maklumlah.. pertama kali beranak.

Beranak juga akhirnya...!!~