Tak disangka-sangka 2 hari lepas.. hamster aku yang baru 26 hari lepas beranak 9 ekor beranak lagi dengan jumlah anak sebanyak 16 ekor.. Mak aii.. tambah-tambah besar family diorang ni. Kalau 9 ekor anak yang lepas hidup.. tentu tambah meriah. Tapi sayangnyer semua mati yang hari tu. Nak buat camner.. umur tak panjang. Lagi pun itu 1st time dia beranak. Ni kali kedua harap2 tak dimakannya ler.. Tapi banyaknyer sampai 16 ekor.. Huhu...

Percubaan menyembunyikan anak-anak dia...

Dah nampak dah sket...

tu dia.. 16 ekor kesemuanyer yang dahagakan nak menetek..

Juga update pic anak hedgehog yang dah masuk umur 5 hari dah hari ni. Harap-harapnya dapat membesar la dengan sehat. Bagi dia rehat dulu dalam sebulan dua.. pastu nak matekan lagi dengan yang jantan. Nak tengok berapa ekor pula anak yang berjaya dilahirkan. Arnab pula tak der berita lagi.. kena tunggu sebulan lagi ler.. sama ada berjaya atau tak si Panda ni melahirkan anak..

satu2nyer hoglet yang tinggal..