Hamster Beranak 16!!~

By Ally Hanafi

Tak disangka-sangka 2 hari lepas.. hamster aku yang baru 26 hari lepas beranak 9 ekor beranak lagi dengan jumlah anak sebanyak 16 ekor.. Mak aii.. tambah-tambah besar family diorang ni. Kalau 9 ekor anak yang lepas hidup.. tentu tambah meriah. Tapi sayangnyer semua mati yang hari tu. Nak buat camner.. umur tak panjang. Lagi pun itu 1st time dia beranak. Ni kali kedua harap2 tak dimakannya ler.. Tapi banyaknyer sampai 16 ekor.. Huhu...

Percubaan menyembunyikan anak-anak dia...

Dah nampak dah sket...

tu dia.. 16 ekor kesemuanyer yang dahagakan nak menetek..

Juga update pic anak hedgehog yang dah masuk umur 5 hari dah hari ni. Harap-harapnya dapat membesar la dengan sehat. Bagi dia rehat dulu dalam sebulan dua.. pastu nak matekan lagi dengan yang jantan. Nak tengok berapa ekor pula anak yang berjaya dilahirkan. Arnab pula tak der berita lagi.. kena tunggu sebulan lagi ler.. sama ada berjaya atau tak si Panda ni melahirkan anak..

satu2nyer hoglet yang tinggal..

Read More...

 

Setelah sekian lama mencuba untuk mengahwinkan si Panda yang degil ni.. akhirnya tak disangka-sangka hari ni.. berjaya juga si jantan memanjatnya dengan girang dan kejung. 3 kali aku perhatikan si jantan kekejungan. Tapi yang menghampakan.. si jantan ni cuma arnab local.. huhu.. dah lama aku mengimpikan untuk mengahwinkan si Panda dengan LionHead Nicholas Jr.. tapi tak per ler. Asalkan dia dapat bunting dan melahirkan dengan sihat walafiat. Huh.. penantian selama 32 hari lagi. Mudah-mudahan berhasil.

Si Panda yang degil.. !!

Cerita lain pula.. sedang aku gigih nak bagi makan hedgehog aku.. bukan main tak bergerak lagi. Selalu aku baling ulat.. confirm terus tangkap. Kali ni pelik pula. TIBA-TIBA... keluar sesuatu dari lobang dia benda berwarna hitam besar.. mak aii.. berak pulak dia. Tapi sebesar itu?! Rupa-rupanyer bukan tahi, tapi anak dia yang pertama. Kenapa kaler hitam?! Aku pun tak tau ler.. tiba2 aku tengok balik.. dah tukar kaler pink + putih. Mungkin membran kot. Tapi yang kuar ni tak bergerak2.. mati ke? Kemudian aku biarkan.. 10 minit kemudian.. keluar lagi sekor.. pun tak bergerak juga. 5 minit kemudian.. keluar lagi sekor.. yang ni baru bergerak. So confirmla yang 1st dan 2nd mmg dah mati dari dalam perut lagi. Jangan silap ek.. aku tak tengok secara direct pun masa dia melahirkan hoglets ni.. aku sembunyi2 agar dia tak terganggu. Tapi aku penuh rasa yakin yang sekor ni pun belum tentu hidup.. Tapi kalau hidup.. syukur alhamdulillah. Maklumlah.. pertama kali beranak.

Beranak juga akhirnya...!!~

Read More...

 


Ah.. lantak la nak kata aper pun. Blog arnab tapi binatang dah macam-macam ader yang x der kaitan dengan arnab. Sugar Glider ni sebagai pet jer. Bleh bawa jalan-jalan pegi mana-mana. Takkan ler arnab besar gedabak tu ko nak bawa gi shoppingkan? Agak-agak ler.. Al kisahnyer pasal SG ni.. memang dah lama nak bela.. sejak zaman-zaman belum ader arnab lagi.. cuma SG ni tak pernah ader kat tempat ni. So berkesempatan kenal ngan member senegeri yang bekerja kat Shah Alam.. dan dia nak balik kampung sebab adik dia kawen.. aku pun berkirim ler dengan dia suruh beli kat sana. Tapi bestnyer.. selamba badak dia bawa naik kapal terbang masuk dalam beg galas dia.. Boleh kot naa... Tapi lagi mengejutkan dia bukan bawa sekor, tapi 4 ekor.. sekor dia punyer.. 3 lagi nak jual.. Hebat tak hebat member ni?! Langsung x bagi alasan susah nak bawa ler.. susah nak pos ke Sabah ler.. susah itu ler.. susah ini ler.. Harga SG ni pun pada aku berpatutan ler.. daripada yang baru-baru ni aku terjumpa kat petshop sini (1st time jual kot.. selama ni tak der pun..) RM950 sepasang .. baby lak tu. Tu dia.. tu baru hilang akal namanyer...

Temporary Cage.. looking for 3 feet cage!!

Haliuu... My Name is Isabell.. Of course i am female..


Read More...

 

Cargill!!

By Ally Hanafi

Huh.. hari ni aku ke satu tempat yang agak jauh dari bandaraya semata-mata nak dapatkan pellet Cargill ni seguni. Kat petshop yang aku selalu beli RM4/kg. Bermakna 25kg = RM100.. macam hilang akal plak dah. Dah ler dia satu-satunyer petshop yang jual pellet jenama Cargill.. petshop lain semua brand Bengy. Hari tu nak beli satu guni kat petshop tu tapi dia x nak jual. Dia kata jual kilo jer. Owh. Ok. So aku usahakan cari kat mana-mana.. dan akhirnya jumpa juga seguni dengan harga RM59. Ye aku tau masih mahal bagi orang-orang yang bleh dapat lebih murah dari tu.. kat KK contohnyer.. semenanjung x payah cakapla. Tapi aku tak kisahlah... bukan ker RM59 lebih berbaloi dari RM100?!


Read More...