Oh! Tidak. Nak tak nak terpaksa juga ucapkan selamat tinggal pada anak-anak Whitey dan Polka Dot. Dah lama orang ni booked.. baru hari ni dia amik dan kebetulan hari ni genap 2 bulan usia anak-anak si Whitey. Kira bertanggungjawabla juga aku kan sebab let go arnab bukan usia 2 bulan ke bawah. Hehe. Gumbira rasanya walaupun cuma dapat RM60.. tapi sekurang-kurangnya misi untuk jual arnab berjaya. Bersyukurla.. Misi seterusnya.. nak sembelih bapa dia pula.. Polka Dot.. tapi tak der saper sanggup nak sembelih. Nak tak nak.. terpaksala aku. Tapi tunggu dulu... cari lagi saper yang sanggup.. dah semua tak sanggup... biar aku jer ler yang cuba. Bila lagikan?!


Read More...

 

Dedicated to Mr Bunny Whoops from Brunei..
Pic Manohara & Nicholas Jr. Nda teranah usulnya.. payahkan digambar... hihi...

Read More...

 

Hammie Dah Beranak!!

By Ally Hanafi

Tu dia... semalam baru buat entry nak tanya otai hamster sama ada hammie aku ni bunting atau tak.. ikut instinct aku macam bunting.. sebab perut dia besar lain dari yang biasa. Alih-alih pagi ni aku tengok dah ada 9 ekor anak dah. Tapi confirmlah takkan hidup semua kan?! Mungkin sekor dua jer yang bleh survive sampai ke besar.. Erm..

Read More...

 

Update.. Hamster!!~

By Ally Hanafi



Ni hamster yang aku beli tak sampai 2 bulan bagi menggantikan hamster betina aku yang hilang. Sekarang ada 3 ekor hamster kat rumah tolak 2 ekor roborovski yang dah bagi kat murid aku. Yang ni aku rasa bunting. Tapi entahla.. arnab bunting tau ler.. hamster bunting.. aku tak pasti. Nak tanya pada yang berpengalaman.


Read More...

 

Jabatan Haiwan!!

By Ally Hanafi

Hari ni kata putus dibuat untuk membawa si Manohara ke vet. Kesan luka yang digigit si Nicholas hari tu dah kering sebab dah letak minyak gamat. Tapi aku dapati ada satu lagi kesan luka kat sebelah luka yang dah kering tu. Kebetulan lalu Jabatan Haiwan masa nak ke hospital, jadi singgah sebentar untuk ke klinik jabatan haiwan. Ada 3-4 orang yang masing-masing dengan haiwan kesayangan macam kucing dan anjing. Aku sorang je dengan arnab. Masa veterinar pegi layan orang lain, aku berborak dengan petugas kat situ tanya la ramai tak yang hantar arnab ke klinik ni. Dia kata ada la sorang dua. Katanya arnab diorang kena kurap kat telinga. Owh!! Bila dia check si Manohara, dia kata bisul sebab ada nanah sikit. Dia letak ler powder aper ntah tuk keringkan luka. Dia bekalkan juga serbuk tu untuk bawa balik, antibiotik untuk dimakan dan serbuk untuk letak kat air bagi mengelakkan kecacingan. Semua sekali RM10. Eh.. sangat-sangat tidak percaya. Tapi kena percaya juga.

Di samping itu, ada cerita yang nak dikongsikan. Ada sorang cina tua dan anak dia datang bawa anjing diorang atas sakit apa tak pasti. Tapi masalah lain yang aku dengar adalah anjing tu berkutu. Ada lagi satu penyakit kritikal anjing tu yang aku tak berapa nak dengar. Tapi cina tua tu cakap..

"Kesian anjing ni, dah lama 'kena' macam ni.. kamu kasi injek atau bagi apa-apa ubatlah yang berkesan. Kalau dia mati pun tak apalah.. saya sanggup"...

Betapa mulianya hati cina tua tu bawa anjing tu ke klinik walaupun terpaksa berdepan dengan kematian. Kalau orang lain mungkin akan kata.. tak payahlah bawa ke klinik.. kalau nak mati.. biarla dia mati... buang duit je pegi klinik bagai... Anak dia cakap, tak bolehkah kasi mati ini anjing. Terus mak dia cakap.. "KAU GILA!!!"... tujuan cina tua tu nak pulihkan anjing dia, tapi dalam masa proses pemulihan tu, kalau anjing tu dah sampai seru nak mati.. tak apalah.. dia redha.. Yang pasti, dah ada usah
a untuk menyelamatkan anjing tu. Tak der ler dok berdiam diri tunggu anjing tu mati. Mulia betul hati cina tua tu.

Read More...

 

Arnab Khunsa?!

By Ally Hanafi

Tengah syok-syok aku saja-saja menggatal pi campur arnab lion head jantan ngan rex betina aku umur 3 bulan tiba-tiba ler plak diorang gaduh. Bukan main menjerit lagi rex betina tu tak nak ditunggangi oleh si jantan. Last-last gaduh. Tengah aku leraikan pergaduhan diorang... lion head jantan yang selama ni jinak suka dibelai-belai menggigit tangan aku sampai berdarah. Hah.. amik ko. Nak sangat matekan arnab umur 3 bulan. Hihi... Berdosa tau matekan arnab bawah umur ni. Tak baligh lagi. Tu yang dah kena sumpahan arnab... digigitnya tangan aku. Ni pun baru pas letak minyak gamat kat luka tu.

Dan.. malam ni juga baru aku tau si Nespresso yang selama ni aku ingatkan betina rupa-rupanya jantan. Masa beli umur 2 bulan dulu.. pekerja kedai tu kata betina. Aku iyakan jer ler. Tak pernah check lagi dah jantina arnab ni sebab yakin dan pasti dengan kata-kata si penjual. Tapi selama ni aku dok masukkan dia kat dalam sangkar jantan.. rela jer dia ditunggangi si jantan. Walaupun jantan tak klimaks. Aku ingatkan dia tak bersedia lagi sebab baru 4 bulan lebih.. Sekali tengok jawapannya baru muncul malam ni bahawasanya dia adalah seekor jantan. Jadi selama ni dia dengan senang hati dipanjat oleh jantan tu aper kes? Bisex ke? Aku cek kat vontot dia anus dengan vagina (ke penis?) rapat je.. tapi tetiba ada dua biji berjuntai kat situ. Nah.. apakah tandanya. Arnab Khunsa?! Opss!! Otai.. sila explain.

Read More...

 

Kau Pergi Jua!!~

By Ally Hanafi

Sayu Terpisah..
Hikayat Indah Kini Hanya Tinggal Sejarah..
Berhembus Angin Rindu..
Begitu Nyamannya Terhidu Wangian Kasihmu..

Nampaknya anak-anak si Whitey pasti merindukan ibunya. Si Whitey pergi tak kembali meninggalkan 4 ekor anak-anaknya yang masih bertarung nyawa untuk hidup tanpa susu darinya. Si Whitey pergi secara tidak diduga.. ketika meninggalkannya Isnin lepas keadaannya sihat walafiat. Tiba-tiba semalam dapat sms dari orang rumah mengatakan vagina atau pun mungkin anusnya (tidak dapat dipastikan oleh orang rumah) berulat. Pelik.. setiap hari sebelum ni aku check semua bahagian arnab-arnab aku. Terutama sekali yang betina untuk melihat kesediaan dikahwinkan dengan pejantan. Sama ada alat sulit itu kemerah-merahan atau merah pucat.. Takkan dalam masa 2 hari aku tak check tiba-tiba berulat?! Aku cukup yakin pemeriksaan aku sebelum ini amat-amat teliti. Masih terkilan rasanya bilamana tidak dapat menyaksikan sendiri penyakit si Whitey. Kalau aku ada.. dah ke vet jawabnyer. Huh.. dugaan semua ni.

Read More...

 

Hari ni aku ke petshop sebab nak beli pellet.. dan nak beli sekor lagi syrian hamster bagi menggantikan syrian hamster jantan aku yang asyik gaduh ngan yang betina. Tak nak mengawan sudah.. aku beli baru.. kasi kawen.. tak nak lagi.. beli lagi... tak nak juga.. dah duduk diam-diam, tak payah bela hamster. Malangnya tak der ler pula syrian hamster dia jual.. bila aku tanya..

Aku : Mrs.. tu hamster biasa tak der jual ke? (Orang kat sini syrian hamster tu panggil hamster biasa jerk.. sebab selalunyer kat mana-mana petshop hamster ni ler yang melambak-lambak pun)

Mrs Tokey Petshop : Apa hamster biasa oo... itu hamster ada 1 jenis saja ma... hamster, fat tail, guinea pig lain ma.. mana ada hamster biasa dan hamster bukan biasa.. (siap tinggikan suara ni berlagak dia tau sumer pasal BINATANG... )

Aku : Eh.. motif? Lu apa kes mrs.. u jual hamster tapi tak tau jenis hamster baik jangan jualla. Itu hamster ada syrian hamster, winter white, roborovski, campbell dan macam-macam lagi maa..

Mrs Tokey Petshop : (dengan muka berlagak).. itu hamster meh? itu roborovski mana ada jual.. mahal ooo.. mana ada orang mau beli..

Aku : aiyaa.. lu tak tau ka itu robo sejenis hamster... kesian la lu... (sambil tarik baki duit dari tangan dia..) hihi...

Haha.. ni dah dua kali dah cina ni kena ngan aku.. dulu masa beli hedgehog. Aku tanya warna ini jer ker yang ader? Terus dia cakap dengan bangganyer yang hedgehog dalam dunia memang kaler itu jer yang ader.. bila aku bagitau dia warna-warna hedgehog di muka dunia ni.. terus dia jeling aku.. haha... SENTAP ler tu.. tak dapat nak terima kenyataan yang aku lebih tau pasal haiwan daripada dia sendiri yang sah-sah tokey kedai haiwan...

Pas beli pellet aku pun cabut pi petshop lain.. tapi ni banyak jual ikan ler.. hamster kadang-kadang jer ader jual. Cadangnyer nak beli ikan laga (yang kalerful tu..).. tuk letak dalam kelas.. tapi tiba-tiba pekerja kedai tu tanya.. "hamster x nak ke bang?".. eh.. pucuk dicita ulam mendatang ke ini?!! Tengok-tengok hamster roborovski yang dia jual. Aku kan tengah cari syrian hamster..takkan nak kawenkan syrian kat umah tu ngan robo plak. MOTIF?!


Tapi aku plak dah janji ngan budak nak bagi syrian hamster jantan aku yang dah tua kat umah tu.. fikir-fikir.. baik bagi murid aku tu robo ni.. RM15 seekor.. RM20 dua ekor.. RM30 empat ekor.. hehe... memang tinggal empat pun. Tapi x yah lah banyak2.. aku angkut 2 ekor jer.. RM20.. Aper kes mrs kat petshop mula-mula tadi kata robo mahal?! Yang dia jual fat tail dengan harga rm88 tak ingat-ingat tu tak pula dia kata mahal..


Tapi robo yang ni aku tengok memang ada cacat celanye.. Haha.. yang sekor telinga sebelah tak der.. sekor lagi ader kesan gigitan. Alah.. tak per ler.. nak bagi kat murid jer pun. Bila sampai umah.. main-main ngan robo ni.. terasa macam tak nak bagi ler pulak kat budak tu.. macam nak letak dalam kelas le plak buat tatapan budak-budak. Lagipun hamster ni pun bukan binatang pengotor pun.. bersih je. So x der masalah ler nak bela kat dalam kelas. Hihi.. Tapi tengok ler dulu.. kesian plak kat budak yang aku dah janjikan tu..

Erm.. hari ni juga genap 5 minggu dah anak-anak si Whitey.. 2 ekor dah kena booking.. yang 3 ekor lagi ader juga yang berkenan tapi sampai skang x bagitau pun nak beli atau tak. Ker sebenarnya nak MINTAK?!! lain kali jer ler ye...

Read More...