4 weeks old!!

By Ally Hanafi


Ini dia pic anak-anak si Whitey yang dah berusia sebulan. Tinggal 5 ekor. Seekor mati sebab cirit. Tak sedar bila dia cirit sebab x der najis merata-rata. Sedar-sedar jer dah mati dan bila check kat lubang najis dia.. memang cirit. Kalau sempat bagi ORS.. mungkin masih bleh diselamatkan. Kemarin petang juga aku bawa semua arnab aku bersiar-siar dengan melepaskan depa di halaman rumah. Bukan main terloncat-loncat lagi semuanyer kegembiraan. Ader ler anak-anak si Whitey ni yang terpijak dek arnab-arnab lain. Nasib baik tak mati.

Hari ni juga aku bersiar-siar kat pasar minggu. Agak banyak juga arnab yang dijual dan semuanyer hak milik chinese. Hebat diorangkan. Dan semua penjual ni menjual dengan harga RM30 seekor. Arnab local ye. Dan yang penting... semua diorang ni berkesedaran sivik. Kenapa? Kerana menjual arnab yang berusia 2 bulan dan ke atas. Tak payah tanya.. tengok jer pun aku dah tau arnab tu bukan di bawah umur untuk dijual. Tapi tetap juga nak tanya.. dan memang sah.. arnab-arnab kat situ semuanyer dah nak mencecah umur 3 bulan. Tahniah kepada para penjual.

Read More...

 

Al-Kisahnyer...!!

By Ally Hanafi

Tengah-tengah sibuk dok bersihkan kandang arnab.. sapu daun-daun kering kat tepi-tepi kandang tu, datang ler seorang pakcik merangkap jiran selang dua buah rumah dari rumah aku. Pakcik ni memang dah terkenal dengan mulut yang kpochi.. serata alam, seluruh buana dah maklum. Tapi pakcik ni memang suka membantu orang. Ok la tu kan.

Pakcik : Wah.. rajin hang petang ni.. Banyak arnab hang..

Aku : Tak der ler pakcik.. biasa- biasa jer...

Pakcik : Pakcik dulu bela arnab beratus... mulanya dua ekor.. pastu beranak dua ekor.. beranak lagi dua ekor.. beranak lagi dua ekor..

Aku : Oh ye ke..? Hebat pakcikkan... (arnab beranak dua ekor dua ekor jer ker?!! Opss!!)

Sambil dok terjenguk-jenguk kat tempat aku letak segala set aksesori dan makanan-makanan arnab.. dia sambung lagi..

Pakcik : Awat hang bagi makan baja (pellet)..? Pakcik dulu bagi makan daun dedap jer.. tau daun dedap?

Aku : Tak tau ler pakcik.. saya ni tumbuh-tumbuhan ni kurang sikit..

Pakcik : Alah.. banyak tumbuh kat tepi-tepi jalan.. bunga dia warna warni... buat pa la hang bagi makan benda-benda merapu segala rumput kering la.. baja ler.. arnab pakcik dulu beratus sebab makan daun dedap...

Aku : Oh ye ke pakcik? Erm..

Pakcik : Lagi satu.. ni arnab ni kalau bagi makan daun tu.. nanti ada yang akan jadi besar... nanti telinga dia akan jatuh.. (sambil menggayakan telinga jatuh - lop ker pakcik oiii...)

Aku : Eh... tu kaa? Arnab kampung ni...? Telinga dia jatuh...?

Pakcik : Ha laa... arnab hang ni la.. bleh jatuh telinga dia ni bila besar... dan makan daun tu...

Ni aku terasa cam ketiak aku digeletek dah la ni.. nak ketawa tak sampai hati... nanti kecik hati pakcik tu...

Aku : Oh ok pakcik.. nanti saya bagi makan daun tu ye.. terima kasih ye pakcik.

Pakcik : Ya... ya... pakcik balik dulu naa.. Assalamualaikum..

Aku : Waalaikumsalam...

Patutnyer boleh jer aku terangkan pada dia arnab local bagila makan apa jer tetap local la kaedahnyer. Motif bagi makan daun dedap semua arnab dari baka apa pun bleh jadi lop ear? KAU KENAPA?!! lain le kalau ko kawenkan dengan lop ear.. tu pun nasib2 kan dapat arnab telinga jatuh ni.. Tapi aku malas ler nak melawan.. satunyer sebab dia ni memang jenis cakap dia semua dia nak betul. Kalau orang dok bantah cakap dia.. mula la hangin satu badan... Haha..

Pasal arnab local bagi makan daun dedap banyak pastu bleh jadi arnab telinga jatuh aku x caya... tapi tang dia kata dia pernah bela arnab beratus ekor dulu aku agak percayala juga.. sebab dia ni bukan asal negeri ni.. orang-orang kat negeri ni mana ada bela arnab yang bukan untuk tujuan komersial sampai ratus-ratus ekor.. Cuma dia ni kahwin dengan orang sini dan menetap di sini..

Hai... pokcik... pokcik.....

Read More...

 

Hedgehog!!

By Ally Hanafi

Gumbira hati aku hari ni keluar-keluar jer dari tempat persembunyian.. terus ke petshop sambar hedgehog yang dah booking tempohari.. sekor salt & pepper.. sekor lagi albino.. Umur aku tak tau berapa.. sebab bila aku tanya bila bleh beranak ni.. cina tu jawab.. "ikut suka dia la bila-bila dia mau beranak.. mana saya tau.." pastu dia ketawa terkekeh-kekeh tanda hati senang sebab hedgehog dia dah kena beli pelanggan. Ah.. suka hati ko la.. aku bukan nak breed pun.. tuk hiburkan hati je. Huhu.. Tapi x berani ler plak nak pegang sebab 1st time pegang dah kena cucuk sebab dia terkejut.. hihi... tak per ler.. pelan-pelan.. nanti lama-lama ok ler tu.. Skang pun tengah cari info tentang hedgehog ni. Saper yang tau kongsi-kongsikan ler.. kalau tau tapi x nak kongsi pun x kisah ler.. aku bleh google sendirik.. Huhu... Ok.. da...

Read More...

 

Dah Besar Dah!!

By Ally Hanafi

Huh.. tak sangka dah agak besar gak anak-anak arnab yang aku beli hari tu. Manohara, Nicholas jr. , Nespresso, Panda dan Button.. dulu masa beli umur sebulan (kata penjual ler... bukan aku yang kata).. kalau ikutkan.. dah 2 bulan lebih dah ler sekarang ni.. kecuali Nespresso.. dia dah 4 bulan lebih dah .. ader gak aku cuba-cuba matekan ngan Polka Dot.. laki si Whitey tempohari.. tapi beria-ia si Polka Dot panjat.. namun.. ekor si Nespresso tetaplah tak terangkat... bermakna.. trial kali ni failed!! huh.. tunggu lagi sebulan ler kalau camtu...

Manohara - 9 weeks old.. Bandingkan masa umur 1 bulan..

Manohara & Nicholas jr. - 9 weeks old.

Panda & Button - 9 weeks old..

Nespresso - 4 months old..

Polka Dot.. x tau dah berapa tahun...

Read More...

 

3 weeks old!!

By Ally Hanafi

Genap 3 minggu usia anak-anak si Whitey. Syukurlah.. masih bernyawa kesemuanya. Cuma semalam ada seekor anak dia yang tak sihat. Diarrhea. Tapi Alhamdulillah hari ni dah ok seperti sediakala. Dalam masa yang sama.. teruji juga kebolehan aku untuk merawat arnab yang sakit. Bancuhan ORS yang diberikan kepada si Whitey yang diarrhea sehari sebelum anak dia pula terkena diarrhea berjaya menyembuhkan penyakit kedua-dua anak beranak ini. Rasanya banyak lagi ubat-ubatan untuk penawar kepada penyakit arnab perlu dipelajari supaya tidak bergantung semata-mata ke klinik vet.

Anak-anak si Whitey ni pun dah asyik keluar masuk nestbox diorang je. Kejap aku tengok kat dalam.. kejap kat luar.. kejap kat dalam balik.. gembira diorang bermain sesama sendiri. Minta-minta dijauhkanlah penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan kematian. Nestbox tu actually dah bleh dikeluarkan pun.. sebab skang ni pun anak-anak dia semua tido kat luar nestbox. Tapi tak per ler noo kalau nak tunggu usia anak-anak dia ni 4 minggu baru keluarkan. Terima kasih juga kepada Arnab Zamrud yang memberi suggestion untuk berikan kacang kelisa kepada ibu arnab untuk menambahkan air susu.. sekarang ni.. aku tengok anak-anak dia kerap menyusu dan si Whitey pun dah tak lari-lari macam dulu. Mungkin bila dah besar.. perlu tenaga yang banyak untuk bergerak.. melompat semua tu menyebabkan sehari 1-2 kali menyusu tidak mencukupi. Credit juga kepada si Whitey yang pandai menjaga anak.

Hari ni juga cukup menggembirakan aku. Tengah driving bawa budak-budak shopping.. tiba-tiba ada panggilan masuk.

Pemanggil : Hello.. Dj ke?
Aku : Ye bercakap... ada apa ye?
Pemanggil : Ada jual arnab tak? Saya nak beli ler untuk isteri saya.
Aku : Oh sekarang x ader lagi.. usia arnab saya baru 3 minggu.. x bleh jual lagi.
Pemanggil : Bila bleh jual ye?
Aku : Lagi sebulan setengah.. boleh tunggu ke?
Pemanggil : Oh ok.. boleh.. boleh...
Aku : Nak berapa?
Pemanggil : Nak 2 ekor.. sepasang.
Aku : Ok.. nanti saya bagitau bila dah bleh jual ek.
Pemanggil : Ok, terima kasih Dj..
Aku : Sama-sama..

Mak aii.. terkejut giler. Ader orang nak beli arnab?! Jakunnyer aku!! Ah... pedulik aper.. 1st time experience.. harusler excited. Tak iklan lagi pun kat mana-mana aku nak jual sama ada secara lisan atau pun online.. tapi dah ada customer.. Huh.. menerujakan. Tapi si pemanggil memang aku kenalla.. tapi dia tak tau pun aku ader bela arnab. Minta-minta arnab-arnab aku sihat walafiatlah hendaknye.

Read More...

 

Upgrade to Clay Bowl!!

By Ally Hanafi

Minggu ni aku upgrade semua bekas makanan dan minuman arnab-arnab aku daripada bekas plastik.. ke claybowl. Ader aku pegi petshop kat sini .. clay bowl bersaiz medium harga RM12.50. Tu pun dia cuma bleh kurangkan ke RM10 sebab katanya aku regular customer kat kedai tu. Aku cuba contact PetComel kat kk.. minta tolong dia dapatkan dengan harga yang murah. Pastu kira punyer kira.. untuk clay bowl yang bersaiz sama ngan petshop tempat aku tengok tu.. cuma berharga RM4 (PetComel dapat murah lagi ni...). Jadi aku pun order jer ler ngan dia.. sebanyak 11 biji dengan harga RM44 dan RM5 tuk tambang bas dari KK ke sini. Kalau aku beli kat petshop tu.. 11 biji aku kena bayar RM110... Dah kau kenapa kalau bleh dapatkan dengan harga serendah lebih kurang RM50 tapi tetap juga nakkan yang harga ratusan ringgit?! PetComel hantar tengahari.. malam dah sampai kat tangan aku dan ternyata.. clay bowl ini sebijik yang macam kat petshop aku jumpa. 11 biji cukup la kot untuk arnab-arnab ni. Nanti x cukup bleh order lagi.. bukannyer jauh pun.


Semalam si Whitey yang beranak enam cirit yang agak teruk. Anak-anak dia dibaluti dengan najis mak dia. Kelam kabut aku bagi minum ORS tapi dia menolak. Mau tak mau.. aku paksa juga.. main picit jer syringe tu kat area mulut dia.. x dapat banyak dia jilat.. sikit pun jadik ler.. pastu petangnyer.. najis dia dah kembali bulat walaupun ada sedikit basah. Selalukan kering je. Tapi agak tidak merisaukan ler sebab dah berketul. Sehingga pagi tadi.. aku tengok najis dia dah
kembali seperti sediakala. Aku bagi lagi minum ORS.. masa ni ler dia nak buka mulut minum tanpa paksaan. Oh.. dah sembuh baru nak minum.. time sakit x nak. Ker sama cam manusia kot.. bila sihat walafiat.. sumer benda nak dimakan.. bila dah sakit... ayam goreng KFC ko letak depan bijik mata pun tetap tak nak jamah.



Tapi tengahari tadi aku tengok.. seekor anak dia yang baru berusia 20 hari tu pula cirit. Baru jer kena kot sebab pagi tadi aku cek-cek jantina diorang.. tak der pun kesan najis cirit. Cepat-cepat bancuh ORS.. aku x tau sama ada anak arnab di usia begini boleh minum ORS atau tak. Sebab setau aku diorang masih minum susu mak dia. Aku pun cuba jaya ler. Bila picit jer syringe tu kat mulut dia.. terus dia minum dengan lahapnyer. Aku tak tau kuantiti sebenar tuk anak arnab. Tapi yang pasti.. aku bagi tadi sehingga dia betul-betul menolak. Dan terpaksa ler aku asingkan dia dari adik beradik dia yang lain. Walaupun masih dalam kandang yang sama.. tapi aku masukkan dalam sangkar burung supaya kalau dia berak pun.. najis dia x merata-rata di sana sini. X der ler lekat kat badan anak-anak arnab lain. Nanti terjangkit pula. Sebab ada yang kata cirit ni berjangkit. Tapi x tau la sejauhmana kebenarannyer. Aku fikir logik je.. bila najis cirit tu termakan atau terjilat oleh arnab2 sihat.. bakteria masuk dalam perut.. dan menyebabkan arnab sakit dan akhirnya cirit. Tu jer ler pun medium jangkitan diorang yang bleh nampak dengan jelas. Tapi sekali lagi aku tak berapa yakin dengan ORS untuk anak arnab. Selalu punca kematian anak arnab adalah disebabkan cirit. Mudah-mudahan.. anak dia yang seekor ni dapat bertahan. InsyaAllah.

Read More...

 

Asystasia Gangetica L. !!

By Ally Hanafi


Sedikit perkongsian mengenai Asystasia Gangetica L. yang juga dikenali sebagai Rumput Israel. Rumput ini boleh diberikan kepada arnab sebagai makanan sampingan di samping pellet. Boleh juga dijadikan sebagai pengganti hay untuk mengurangkan kos penternakan.

Nama umum
Indonesia:Ara sungsang
Inggeris:Chinese violet
Melayu: Ara songsang, rumput israel
Asystasia gangetica

Klasifikasi
Kingdom: Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Kelas: Magnoliopsida (berkeping dua / dikotil)
Sub Kelas: Asteridae
Ordo: Scrophulariales
Famili: Acanthaceae
Genus: Asystasia
Spesies: Asystasia gangetica (L.) T. Anders.

KETERANGAN :

Tumbuhan ini begitu mudah didapati tumbuh liar dipinggir-pinggir jalan dan tepi belukar. Ia membiak melalui keratan batang dan secara menjalar. Ia begitu cepat membiak dan dapat menjajah sesuati kawasan dengan cepat sekali.

KEGUNAAN :

Tumbuhan ini digunakan untuk mengubat luka akibat dari gigitan serangga dengan cara melumatkan daunnya dan menampalnya pada tempat luka tersebut.

Read More...

 

2 Weeks Old!!~

By Ally Hanafi

Hari ni genap 14 hari usia anak-anak si Whitey. Syukurlah semuanya masih sihat walafiat. Dalam keadaan si Whitey yang tak cukup air susu pun.. anak-anak dia masih bernyawa lagi sehingga kini. Mungkin menu diet si Whitey begitu teratur membuatkan air susunya yang sedikit itu mempunyai nutrisi yang secukupnya untuk anak-anaknya supaya kekal bernafas.

Tapi agak membimbangkan aku.. dah seminggu hujan turun tak berhenti. Kadang lebat.. kadang renyai-renyai. Yang pasti tidak berhenti langsung. Kalau berhenti pun agaknyer tak sampai seminit. Cuaca agak sejuk. Kalau arnab-arnab besar mungkin kurang membimbangkan sebab boleh tahan dengan cuaca sebegini. Tapi untuk anak-anak arnab yang bulu pun baru tumbuh sekelumit.. sarang pula tak dibuat oleh si Whitey dengan mencabut bulu. Hanya berbekalkan cebisan suratkhabar lama agak tidak meyakinkan untuk menyelimuti anak-anaknya daripada cuaca sejuk. Huh.. buntu aku. Mohon bantuan kepada sesiapa yang tahu bagaimana cara yang efektif supaya anak-anak si Whitey tidak kesejukan, sila kongsikan ye.

Kesejukan agaknyer...

Nampaknyer.. ada 2 ekor je yg putih bersih.. selebihnyer bertompok2..

Bukan nak tayang hp.. cuma nak buat perbandingan saiz.. ;p

Read More...

 

1 week old!!

By Ally Hanafi

Anak-anak si Whitey setakat ni masih lagi hidup kesemuanya dan segar bugar. Mudah-mudahan semuanya dapat membesar dengan selamat dan sihat. Hari ni juga aku pelbagaikan diet harian si Whitey. Bagi makan rolled oat pula. Mulanya tengok macam enggan jer nak menjamah. Tapi lama kelamaan macam dia dah bleh terima. Tapi bukan ler bagi rolled oat semata-mata. Makanan dia yang biasa.. hay, pellet dan carrot masih lagi sentiasa diberikan secara bergilir-gilir. Rolled oat ni pun aku bagi atas nasihat NH.. mungkin bleh tambahkan air susu si Whitey. Sebab aku tengok anak-anak dia... cukup time je.. mesti menyusu.. tapi perut tak pula bulat.. tapi ader ler isi walaupun sikit. Mungkin air susu si Whitey tak banyak kot.

Tak paham aku warna anak-anak dia ni..

Rolled Oats

Read More...

 

Cadbury... RIP!

By Ally Hanafi

Arghh.. aku menerima sms dari orang rumah mengatakan Cadbury dah mati. Aduh.. arnab yang paling aku bagi penjagaan yang rapi sejak mula dibeli. Namun akhirnya mati di tangan orang lain. Sedih yang teramat sangat. Puncanya Diarrhea. Lambat sangat sedar.. malam dah kena keesokan harinyer baru pi check.. mananyer tak mati. Ini yang susahnyer kalau bukan tangan sendiri yang bela arnab-arnab ni. Bukan nak salahkan orang lain.. Orang-orang yang diluar bidang penternakan arnab ni mana ada ilmu pasal selok belok perarnaban. Jadi salah diri sendiri ler. Saper suruh keje jauh sangat dari arnab-arnab kesayangan. Erm.. tak apa la. Dah bukan rezeki. Cuma rasa terkilan juga sebab tak dapat nengok Cadbury ni masa dia sakit dan akhirnya mati. Kalau la arnab tu Diarrhea sebab stress.. aku lagi stress fikirkan arnab-arnab ni di bawah penjagaan orang lain... huhu...

Read More...

 

Penantian Berakhir!!~

By Ally Hanafi

Genap 32 hari. Tiba-tiba handphone berbunyi tepat 12 midnite. Alarm yang aku pasang 32 hari lepas masa matekan si Whitey ni yang bunyi. Baru jer 15 minit aku dari kandang si Whitey.. belum ada tanda.. aku campakkan straw kat dalam tu sebab hay x der.. Tapi gatal juga hati nak pegi lagi kandang dia.. manalah tau dah beranak ker aper ke. Aku turun tangga rumah je arnab-arnab sebelah menyebelah melompat-lompat. Eh.. biang dah datang ke? Macam nak minta aku matekan je diorang ni. :) ... bila selak kain penutup kandang si Whitey.. Nah kau.. ader sekor anak dia tengah tergolek kesana kesini.. si Whitey tengah relaks.. Eh sekor jer ke? Erm.. biar dulu la.. kot-kot ada lagi..

15 minit kemudian.. pas sembang-sembang ngan Ikhwan MBW kat ym.. aku datang balik kandang tengok-tengok dah ader 6 ekor. Mak aii.. besarnyer.. Biasa tengok anak hamster jer... ni macam 5-6 kali anak hamster. Maklum ler... 1st timer. Bagi breeder yang dah puluh-puluh ekor arnab depa beranak.. mungkin dah tak kisah. Aku pun jadi jakun ler seketika. Tapi sekor jer beranak kat dalam kotak sarang. Lima ekor lagi kat luar. Risau giler.. dah la si Whitey ni tak buat sarang. Bulu langsung x cabut.. straw dan cebisan akhbar yang aku bagi dia buat derk jer.. Aku amik kain.. usap2 dulu si Whitey.. dan angkat anak dia ke kotak sarang.. terpaksa ler lapik kain dan tutup anak2 dia pakai suratkhabar.. Mudah-mudahan selamatlah anak-anak dia dan si Whitey juga.

Syukur Alhamdulillah.. akhirnya penantian aku berakhir di sini. Genap 32 hari!!~

tak dapat nak amik semua... dah merayap sana sini..

Read More...

 

Hari ni si Whitey masuk hari ke 31 bunting. Tak juga beranak. Ker dia nak tunggu hari ke 53 kot.. nak bagi sama ngan breeder mana ntah yang rabbit dia sampai ke hari 53. Menghairankan!! Whateverla!! Hari ni juga dia cirit (diarrhea) buat pertama kalinya sepanjang penjagaan aku. Aku tak tahu apa puncanya yang pasti bukan dari faktor makanan. Sebab makanan yang aku bagi dah bertahun dah aku bagi tak pernah cirit pun. Mungkin sebab dia stress kot. Stress sebab dah meneran banyak kali tapi anak dia tak keluar juga.. Suka hati kau la Whitey.

Jadi aku amik kesempatan bersihkan kandang dia. Cuci segala najis-najis yang terpalit di sana sini. Tukar cebisan akhbar yang aku letak bagi membantu dia buat sarang walaupun dia tak gunakan langsung setakat hari ini. Bulu pun dia x nak cabut. Kalau nak kata bunting palsu.. apa pula benda yang banyak2 bergerak kat dalam perut dia tu? Huh.. ko nak palsu pun palsula. Yang pasti.. saat-saat kelahiran bunnies si Whitey ni nanti.. aku dah tak der kat sini. Aku dah kembali ke dunia tak bertamadun buat seketika.. Jadi kepada Whitey.. aku berharap dan doakan agar ko mudah nak beranak.. dan semoga selamatlah semua anak yang lahir. Bak kata member sepenternakan.. kalau dah nak mati.. mati juga.. anggap je bukan rezeki. Yang penting dah buat semua yang dapat membantu menyelamatkan dia.. Ok... duuuu.....

Kandang yang dah dibersihkan..

Menanti sementara kandang dibersihkan...

Kalau masih tak selesa... x tau dah nak cakap aper... huhu...

Update 1820 hours..

Baru je jenguk keadaan si Whitey. Sungguh berkesan bancuhan ORS kepada arnab yang menghidapi diarrhea di peringkat awal. Najis si Whitey kembali solid. Syukurla.

Read More...

 

Sabar Menanti!!

By Ally Hanafi

Sabar ker aku? Haha.. hari ni dah masuk hari ke 30. Riak nak buat sarang pun x kelihatan. Ni yang macam aku nak tolong buatkan sarang ni. Aku pun tak tau ni kali keberapa si Whitey ni beranak.. sebab masa beli memang dah besar.. masa beli pula tuan dia tak der.. anak dia jer yang tinggal.. so berurusan dengan anak dia je. Tanya umur arnab ni anak dia kata.. "ntah ler.. dah lama bela ni..".. lama tu berapa tahun? 12 tahun ke? ke setahun? Malas nak panjang citer.. aku angkut jer sebab instinct aku cakap boleh ni beranak minah ni.

Pagi tadi aku bersihkan kandang... tak der aper-aper tanda lagi. Cumanya dia ni semakin manja mengada-ngada ler pulak. Sebelum dia bunting.. langsung tak bleh nak pegang. Agresif.. lari ke sana ke sini. Sampai takut nak pegang. Sekarang ni.. pantang aku rapat ke kandang.. mula ler menggesel2 kat pintu kandang dia.. nak minta belai. Tengahari tadi sekali lagi aku pegi kandang dia.. aku tengok ader najis yang macam diorang perkatakan. Bulat-bulat kecil bersambung-sambung macam anggur. Tu najis nak melahirkan ker atau cecal?! Aduh... penah aku nunggu weii...

Read More...