Tanda Nak Beranak?!

By Ally Hanafi

Dah hari ke 29.. si Whitey ni masih lagi tak tunjukkan tanda-tanda nak beranak. Bulu tak nak cabut.. hay dan newspaper yang aku taburkan kat kandang tak berusik.. nestbox yang aku masukkan jadi tempat dia berak.. Ketulan kat perut pula semakin membesar.. ni yang buat cam aku nak bedah je perut dia ni keluarkan anak.. pengalaman pertama ni mendebarkan aku.. dan rasa teruja tu teramatlah sangat menusuk jiwa.. Oh Whitey... bila lagi?! hihi...

Read More...

 

Hari ni Alfalfa Hay yang aku order dari Shah- Arnab_Kus telah pun selamat tiba. Semalam kena pos.. hari ni dah sampai. Buka-buka jer memang semerbak haruman. Ada serupa bau green tea. Tapi belum cuba lagi bagi makan arnab aku. Nak perabihkan stok lama dulu. Tengok perkembangan arnab aku nanti.. sama ada dia selera nak makan hay baru ni atau tak. Tunggu...


Read More...

 

Aduh.. Caramel ni betul-betulla. Semalam dah tunjuk tanda-tanda positif dah. Pastu pagi tadi aku bangun sekali nengok kat cage dia.. macam teruk dah. Najis pun dah jadi air semata-mata. Otai kata ni tahap kritikal ni. Jadi tanpa berlengah lagi.. aku bersihkan cage dia.. bersihkan bulu-bulu dia yang bernajis terus angkut pegi vet.


Vet ni pulak satu hal.. buka pukul 8 pagi.. tapi doctor memang datang kul 10 pagi. Tak ker kurang asam namanyer tu. Bukan hari ni jer.. rupa-rupanya memang setiap hari schedule dia macam tu. So lepas ni kalau nak datang ke sini.. kena datang kul 10 ke atas. Tapi kul 11.30 plak dah tutup. Hampeh betulla.
Tapi si Caramel ni.. aku bagi minum guna syringe kat rumah bukan main lari ke sana ke sini lagi. Tapi bila doc ni bagi .. diam ler pulak dia. Sampai ke sudah vitamin dan ubat cirit yang doc tu inject kat mulut dia. Suka ler pulak dia. Ker doc haiwan ni ada jampi mentera nak cool downkan binatang.

Menurut doc, setelah aku ditanya macam-macam pasal penjagaan Caramel ni.. dia cirit bukan kerana salah makan atau minum. Tapi sebab Caramelkan diletakkan di kandang luar rumah.. tak bertutup dengan kain pulak tu. Jadi angin malam yang bertiup menyebabkan dia jadi tak tahan sejuk dan selesema. Bila selesema.. selera makan pun hilang.. terus jadi cirit. Mungkin juga perut kembung sebab angin.


So vet ni nasihatkan hay memang boleh makan time sakit camni. Cuma seperti yang kita sedia maklum.. hay tu kan kering.. pellet pun sama. Dah ler arnab sakit ni tak nak makan dan minum..tambah2 la kurang air. Jadi dia suruh bagi carrot dalam kuantiti yang kecil dan dibuang kulit. Rasionalnya, carrot mengandungi air. Jadi kalau dia tak minum air pun, kandungan air dalam carrot boleh membantu walau x banyak. Dia kata dia tak leh nak bagi injection antibiotik sebab arnab ni kecil lagi. Cuma kalau la katakan arnab ni terjatuh ke.. pastu x larat dah nak jalan.. bawa semula ke sana dan akan ditambah air. Huh... macam-macam dugaan..

Read More...

 

Perkembangan Positif!!~

By Ally Hanafi


Sehingga petang ni, Caramel menunjukkan tanda-tanda yang positif. Sudah mahu menjamah hay dan pellet.. dan juga bancuhan ORS yang aku ganti setiap masa. Mudah-mudahan semuanya selamat. Walaupun najisnya masih lagi cair.. tapi aku lihat tadi macam dah nak terbentuk ketulan. Harap-harap esok ok la. Keadaannya mungkin masih lagi agak lemah.. ye la.. banyak air keluar dari badan. Manusia pun macam tu kan..

Manohara pula dah pulih 90% dan dah pun aku asingkan dari sangkar kuarantin. Dah masukkan semula dengan Cadbury dan Nicholas Jr. Setakat petang tadi aku lihat lincah dia melompat bersama kawan-kawan. Mungkin happy dapat jumpa member semula kot. Haha. Sekarang ni hanya tinggal Caramel dalam sangkar kuarantin yang aku bawa masuk ke rumah. Ini memudahkan aku untuk memantau keadaan Caramel dari semasa ke semasa. Jika esok keadaannya lebih positif.. aku nak masukkan semula ke teratak asalnya bersama-sama Cadbury. Doa-doakan ya. :)


Read More...

 

Dah sekian lama aku tak mencari daun napier ni tuk makanan arnab dewasa aku. Kat area tempat aku ni, memang kiri kanan jalan berdiri dengan gahnya rumput-rumput napier yang aku sendiri tak tau dari jenis apa. Diorang kata napier tempatan. Ye ke napier tempatan? Kenapa bukan Napier India? Taiwan ke.. Merah ke.. Huhu... dan akhirnya ekspedisi mencari napier ni berjalan selama 15 minit je. Hihi.. tu pun dah berjaya kumpul 1 guni besar. Nak ambil banyak-banyak pun takut tak bleh nak simpan lama. Otai kata jemur sehari macam tu.. kendian bagi makan kat arnab. Maknanya.. bagi arnab dalam keadaan layu-layu sikitlakan. Bukan dalam keadaan kering. Hehe... kalau boleh dikeringkan kan bagus.. bleh simpan lama sikit.. jadi ler macam hay.. :)

Read More...

 

Fast Update!!

By Ally Hanafi

# Caramel dah nak makan pellet yang diberikan. Tak macam semalam.. minum tak nak.. makan tak nak. Tapi masih lagi cirit. Awal-awal pagi lagi aku dah bersihkan bulu-bulu dan kandang dia. Dah masukkan dia dalam cage yang bleh bawa naik rumah. Mungkin salah satu sebab dia diarrhea sebab stress juga kot. Stress bunyi salakan anjing yang selalu datang dekat dengan kandang diorang. Ermm..

# Hari aku tengok Manohara pula yang kena diarrhea. Aduh.. lepas satu.. satula diorang ni. Tak bagi tumbuhan hijau pun. Sebab pellet ke? Entahlah. Tapi yang oknyer Manohara ni.. dia nak pula minum bancuhan ORS yang aku berikan.. banyak lak tu dia minum.. pastu dia memang x buat peel macam Caramel yang tak nak makan masa awal-awal kena diarrhea. Manohara ni tak kira.. walaupun sakit tetap makan secara konsisten. Mudah-mudahan tak der perkara buruk berlaku.

Read More...

 

Cirit -Diarrhea!!~

By Ally Hanafi

Sebelum ni aku ada terbaca tentang jenis-jenis penyakit yang seringkali dihidapi oleh sang kelinci ni. Tapi tak pernah pun terfikir yang arnab-arnab aku akan dijangkiti salah satu daripada penyakit ni. Namun hari ni rupa-rupanya aku terpaksa akur.. bukan mudah untuk menjadi penternak.. macam-macam dugaan akan dihadapi. Petang tadi seekor dari arnab aku baka satin pula terkena masalah cirit atau saitifiknya Diarrhea. Aduh.. sangat-sangat membimbangkan. Najis di sana sini. Bulu-bulu kat bahagian bawah badan dan dua kaki belakang arnab ni melekat najis cair. Ada aku ambil gambar tapi macam tak best pula nak publish kat sini. :)

Jadi setelah bertanya sana sini dan cari kat blog breeder lain tentang masalah cirit ni, maka dapatlah juga aku tau serba sedikit punca dan cara bagaimana nak merawat walaupun bukan 100% berjaya. Namun harapan aku, janganlah terjadi apa-apa kat arnab ni.. kesian. Dan itulah satu-satunya baka satin yang aku ada. Harap-harap bancuhan ORS (Oral Rehydrated Salt) ini dapat membantu. Hay juga mungkin dapat membantu tapi memandangkan dah malam ni tak der kedai yang buka.. jadi terpaksala tunggu esok je. Alfalfa yang order kat Arnab_Kus pun tak sampai lagi. Setakat ni aku pun tak tau apa punca yang menyebabkan arnab aku cirit sebab cuma pellet je diet utama sekarang. Sayur-sayuran mahupun tumbuh-tumbuhan hijau memang tak pernah bagi. Ada juga aku bagi vitagen 0.5ml dua kali sehari sebagai ganti kepada yakult yang telah dicadangkan oleh NewHillz untuk menambahkan immune sytem anak arnab.

Bancuhan Oral Rehydrated Salt (ORS)

memang nampak sakit pun bila tengok mata dia... huh!!

terpaksa letak kat bekas minuman sebab
sikit sangat dia minum bila pakai syringe
..


Sedikit informasi tentang Diarrhea yang diambil dari blog MyCuteBunnies. Kredit to http://arnabcute.wordpress.com

Penyakit : Cirit (Diarrhea)

Ciri-ciri : Najis berbentuk cair,pada peringkat awalnya berwarna hijau dan berbau dan di peringkat kritikal ia hanya air putih kekuningan.

Punca : Dedaun/rumput berlebihan, mungkin juga disebabkan oleh pellet. Berlakunya peningkatan kandungan bakteria bermasalah seperti Saccharomycopsis spp., Clostridium spp atau yis. Cirit yang disebabkan oleh jangkitan kuman selalunya mengakibatkan radang pada lapisan usus dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera.

Rawatan : Cecair ORS (Oral Rehydrated Salt) kepada arnab untuk mengelakkan kekeringan (dehidrasi) pada badan arnab. Bahan-bahan ORS :-

  • 1 cawan air bersih
  • 2 camca teh gula
  • 1/4 camca teh baking soda
  • secubit kecil garam

Masukkan bancuhan ORS di dalam botol atau mangkuk minumannya atau mengunakan Syringe.

Bersihkan arnab sekiranya terdapat kotoran di bulunya..tidak perlu dimandikan, hanya perlu cuci bersih sahaja di mana kotoran berada. Juga bersihkan sangkar supaya arnab berasa selesa. Tuannya juga tentu x suka bau busuk kn? hehe…

Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya. Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada. Selain daripada ubat yang dibekalkan oleh veterina dan juga memastikan arnab anda bersih dan selesa serta memastikan ia minum lebih banyak air. Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Segera bawa arnab anda berjumpa dengan vet secepat mungkin.Biasanya vet akan menyatakan arnab telah dijangkiti coccidia (coccidiosis). Antibiotik berasaskan sulfat akan diberi. Apabila antibiotik digunakan dalam rawatan, pastikan arnab diberi larutan probiotik untuk menambah semula mikroflora baik di dalam usus.


Read More...

 

Whitey

Polka Dot

Nespresso

Cadbury

Panda

Button

Manohara

Nicholas Jr.

Caramel

Read More...

 

Trim Induk & Pejantan!!~

By Ally Hanafi


Hari ni cuti xmas.. so mood bercuti pun datang kembali setelah sekian lama menghilang. Seperti yang dirancang, hari ni aku nak bersihkan dua ekor arnab induk dan pejantan yang aku rasa agak comot dan bulu yang pejantan dah bergumpal-gumpal. Si Whitey (Induk) ni memang dari mula beli tak pernah aku mandikan.. menurut tuannya dulu pun.. memang dia tak pernah mandikan arnab ni. Jadi memandangkan bau badan si Whitey ni dah teramatla busuk.. sehinggakan dari jarak 5 meter dari kandang dia pun aku dah tercium bau yang melekat kat bulu dia.. aku terpaksala amik risiko untuk memandikan. Memang memandikan arnab ni tak digalakkan sangat oleh otai-otai.. kalau nak pun bersihkan tempat yang betul-betul kotor je.. tu pun dengan spray. Tapi kes si Whitey ni.. dia tak kotor.. cuma berbau busuk.. Jadi nak tak nak aku terpaksa juga mandikan dia..

Bulu-bulu arnab yang bergumpal-gumpal..

Si pejantan ni plak aku pernah mandikan sebulan lalu masa member aku bagi. Tu pun sekali tu jer ler sebab badan dia kotor. Sebelum masuk kandang baru ni.. kandang lama dia agak tidak berapa elok saluran najisnya. Maka najis terkumpul kat dalam kandang dan membuatkan bulu dia kotor semula. Bila dah masuk kandang baru ni.. yang lebih teratur.. aku pun mandikan la dia sekali lagi dan harap untuk yang terakhir la ni.. harap dia tak kotor lagila.. Tapi memusykilkan aku bulu dia ni bergumpal-gumpal kat bahagian bawah menyebabkan dia jadi tak cantik. Bila aku sikat, bulu dia tertanggal.. tapi ok la kot.. dah nampak kemas sikit berbanding sebelum dimandikan. Bulu-bulu bergumpal yang dah tanggal tu aku kumpul.. agak banyak juga tapi tak der ler menyebabkan arnab ni botak.. :)

Tunggu turn untuk dikeringkan..

Tapi memang mencabar betulla nak mandikan si Whitey ni.. bukan main agresif lagi. Dah ler aku sorang handle. Sikit lagi nak terlepas. Nasib baik aku cepat tangkap. Ker sebab dia bunting dia jadi macam tu?! Erm.. lebih kurang 2 jam aku mandikan + trim diorang ni. Keringkan bulu dengan hair dryer. Nasib baikla diorang tak takut dengan bunyi dan wap hair dryer ni.. senang je nak urus masa sikat bulu diorang. Tak meliar macam tengah mandikan tadi.. Pas mandi, memang dah tak der bau busuk dah. So tak der ler orang nak komplen... hihi...

Read More...

 

Bila aku beritahu kat bro Newhillz (NH) yang aku terbeli arnab umur sebulan, dia nasihatkan aku supaya bagi minum Yakult 0.5ml dua kali sehari untuk setiap ekor anak arnab tu. Erm.. katanya membantu dalam menguatkan sistem imun dalam badan arnab. Aku pun gigihla pegi cari merata kedai namun malangnyer x berjumpa. Entah ler.. aku rasa Sabah ni memang x terima kot kemasukan Yakult. Ye ke Haslan (PetComel)? hehe..

so atas nasihat NH juga aku gantikan dengan Vitagen. So mula semalam aku dah bagi dah anak-anak arnab ni minum Vitagen ikut sukatan yang NH bagitau. Bukan main suka lagi diorang sampai tak nak berhenti minum.. tapi.. yang aku heran si Panda (Rex + Dutch) bukan main mengelak lagi bila aku bagi minum. Erm.. hairan. Dah dua hari dah aku cuba bagi dia minum tapi tetap menolak. Aku pun tak tau ler aper puncanyer.


Read More...

 

Kandang Baru!!~

By Ally Hanafi

Huh.. 5 hari siapkan kandang 2 tingkat ni. Ada 10 sel semuanyer. Mana tak asyik tertangguh je.. kayu tak cukupla.. dawai tak cukupla.. tukang pulak cuti.. huhu.. Kos untuk siapkan semua ni pun lebih rm500.. terpaksa beli kayu baru.. dawai baru.. zink baru.. yang terpakai dah habis aku buat tuk kandang sebelum ni. Harap-harap kelinci aku selesa la kat kandang baru ni... :) Sekarang pun nampaknya diorang bukan main gembira lagi terloncat-loncat kat tempat baru.. ye la.. lebih luas dari yang lama..

Kandang Lama

Huh.. dah usang dah...

Kandang yang belum sampai sebulan aku buat...

Ni dia.. Kandang baru... 10 sel..

Read More...

 

Hadith!!~

By Ally Hanafi

عن ‏ ‏أنس بن مالك ‏ ‏قال

‏"مررنا ‏ ‏فاستنفجنا ‏ ‏أرنبا ‏ ‏بمر الظهران ‏ ‏فسعوا عليه ‏ ‏فلغبوا ‏ ‏قال فسعيت حتى أدركتها فأتيت بها ‏ ‏أبا طلحة ‏ ‏فذبحها فبعث بوركها وفخذيها إلى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فأتيت بها رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقبله"

TERJEMAHAN HADITH

Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
“Ketika kami berjalan melalui Daerah Az-Zahran tiba-tiba kami dikejutkan oleh seekor arnab lalu kami mengejarnya sehingga penat. Katanya lagi: Aku telah mengejarnya sehingga dapat menangkapnya. Aku pun membawanya kepada Abu Talhah lalu beliau menyembelihnya. Beliau mengirimkan kaki dan kedua pahanya kepada Rasulullah s.a.w lalu aku pun membawanya kepada Rasulullah s.a.w dan baginda menerimanya.”

PEMAHAMAN HADIS

Melalui sahih Muslim, menurut Imam Nawawi ialah apa yang dimaksudkan (Kami dikejutkan oleh seekor arnab lalu kami mengejarnya sehingga penat) di mana makna kami dikejutkan (استنفجنا) ialah bermaksud kami menangkap dan kami mengejar. Manakala Daerah Al-Zahran, mim dan zho (م) dan(ظ) yang berbaris atas adalah satu tempat yang berdekatan atau berhampiran dengan Mekah.

Menurut beliau lagi, (فلغبوا) ghin (غ) berbaris atas di dalam (اللغة الفصيحة المشهورة), dan ghin berbaris bawah dalam bahasa yang dhaif (لغة ضعيفة). Ini diceritakan oleh Al-Jauhari dan yang lain. Menurut Imam Malik, Abu Hanifah, Syafi’e, Ahmad dan Ulama kesemuanya memakan arnab adalah halal, kecuali apa yang diceritakan (hikayat) daripada Abdullah bin Amru bin ‘Aas dan Ibn Abi Laila, kedua-duanya mengatakan makruh memakannya.

Oleh itu, melalui dalil Jumhur yang seperti hadis di atas, tidak sabit Larangan memakannya (arnab). Dapatlah kita simpulkan bahawa tiada larangan memakan daging arnab.

Read More...

 

Penamaan Penghuni Baru!!~

By Ally Hanafi


Anggora + Chinchilla

Lion Head (jantan)
Lion Head (betina)

Satin (betina)
Rex (betina) - Panda (nonong bagi nama) - 24 Dec 09

Rex (betina)

Ni aku update photos arnab-arnab yang aku ceritakan kat entry lepas. Memandangkan aku pun budak baru belajar.. jadi andaikata si penjual tipu aku tentang jenis baka yang dia jual kat aku ni.. maka secara tidak langsungnya aku pun tertipu ler kat korang. Cuma kalau ada sesiapa yang rasa tak betul jenis baka kat atas ni.. aku mengalu-alukan kalian memperbetulkannya.. :)

Di samping itu, nak minta jasa baik dan pendapat kalian juga.. Kalau ada yang sudi memberikan pendapat tentang nama arnab-arnab baru aku ni, silakan berkongsi ye.. manatau ada nama-nama yang best dan sedap didengar.. boleh ler aku namakan arnab-arnab aku ni. Komen ye..

Read More...

 

Cuti-cuti Malaysia!!~

By Ally Hanafi

Huh.. dua hari aku bercuti-cuti Malaysia. Di kesempatan ini juga.. selain nak berterapi dengan shopping barangan keperluan kerja tuk tahun 2010, sekali harung pegi beli arnab sebagai tambahan kepada koleksi yang ada kat rumah. Cadangnya nak beli sepasang je.. tapi masa pilih-pilih tu.. terus jadi macam menggila.. bleh pula terbeli 6 ekor. Tapi dari pelbagai baka ler. Lion Head, Rex, Satin dan Anggora+Chinchilla.. ermm.. maklumlah.. yang ada kat rumah pun baka tempatan jer.. Jadi kononnya nak ler merasa membiakkan baka-baka lain pula. Mudah-mudahan usaha ini akan berhasil. Amin.

Harga setiap satu pula aku pun tak pastilah sama ada mahal atau murah. Member kata, harga kat KK ni jauh lebih murah berbanding kat Semenanjung. Check blog rabbitry lain pun nampaknya memang betullah apa yang diperkatakan. Cumanya, kalau murah.. mungkin kualiti pun ada agak kurang. Tak sama yang macam kat Semenanjung. Tapi entahla.. aku pun baru berjinak-jinak.. jadi belum begitu arif soal pemilihan baka berkualiti. Photo pun tak sempat lagi nak amik ni. Tak apa.. maybe next time... Esok saja..!!~

Read More...

 

Diet Asas!

By Ally Hanafi


Tu dia.. diet asas arnab aku yang 3 ekor ni ialah carrot dan pellet bengy. Si Whitey bunting.. jadi aku x tau apa menu terbaik untuk arnab bunting. Cuma setiap 2-3 hari.. aku bagi makan buah-buahan macam betik dan epal. Tak kira yang bunting, jantan atau anak. Semua aku bagi. Harap-harap sihat walafiatlah arnab aku ni. Lusa nak ke KK, harapnya dapat borong dalam 5-6 ekor arnab lagi dari baka yang pelbagai. :)

Read More...

 

Whitey!!~

By Ally Hanafi


Ni si Whitey yang baru aku matekan 3hb lepas. hihi.. harap-harap berhasilla..

Read More...

 

Sang Kelinci Baru!!~

By Ally Hanafi

Ibaratnya.. yang telah pergi usah dikenang. Patah tumbuh hilang berganti. 30 November lepas juga aku dah menggantikan si Coco Rimba dengan dua ekor anak arnab yang aku kira berusia 2 bulan lebih kurang. Cina kat petshop tu kata dia tak tau berapa usia arnab tu. Selamba beruk jer jual binatang tak tau usia. Untung punya pasal. Bukan apa.. aku takut je anak-anak arnab ni belum cerai susu dengan ibunya. Silap-silap.. baru sehari dua aku bela.. dah mati lagi. Harap-harap tidakla. RM38 harga untuk seekor anak arnab kampung (local).. giler mahal. Kat semenanjung tak der ler mahal giler-giler macam ni. Lain ler kalau baka special sikit. Ini kampung jer pun. Tak payah carik jauh-jauh ler.. kat KK pun rasanya harga arnab kampung tak adalah semahal itu. Huhu.. dasar pencekik darah betul asau ni.

Mulanya aku bercadang nak cari induk umur 6 bulan ke atas. Tapi kat petshop yang aku pegi ni tak der ler jual induk. Semuanyer anak. Bukan kat petshop ni jer..kat mana-mana petshop pun aku rasa memang x der jual induk. Saper nak rugikan jual induk?! Baru bela sebulan dua.. dah beranak. Anak-anak tu nanti besar sikit.. dah boleh jual. Hihi.. Tapi bila aku cakap.. aku nak beli induk dengan harga RM50.. terus asau ni kata ada jual induk kat situ tapi dia kena call supplier arnab tu dulu. Tu dia.. tak bleh dengar harga tinggi sket.. terus kalut. Tapi last-last tak jadila sebab aku bercadang nak cari kat tempat lain..

Read More...

 

Pengenalan!!~

By Ally Hanafi

Situs tentang sang arnab. Merangkap situs terbaru. Situs ini tidak akan wujud tanpa kehadiran dua ekor kelinci yang diberikan oleh sahabat baik aku. Katanya dah malas nak jaga. Jadi kebetulan minat mendalam terhadap haiwan membuatkan aku menjadi sasaran untuk menjadi tuan empunya yang baru. Sepasang kelinci yang diberikan ini mempunyai warna yang agak menarik. Buck berwarna putih tompok coklat. Doe berwarna coklat ada tompok kehitam-hitaman. Aku tidak pasti sejauhmana kebolehan aku menjaga sepasang arnab ini. InsyaAllah, aku cuba memikul amanah yang diberikan sebaiknya.

update!!~

Aduh.. Doe aku mati hari ini. Belum sempat aku menamakan arnab ini. Di fikiranku telah memilih 'coco rimba' sebagai namanya. Tapi sayang seribu kali sayang, pegi juga si Coco Rimba ni meninggalkan Whitey. Huhu.. moga berbahagialah kau di sana Coco Rimba.

Read More...