Kelahiran!!

By Ally Hanafi

3 Hoglets (14/09/10)

Read More...

 

Hedgie Beranak 5!!~

By Ally Hanafi


Update 4 Julai 2010..

Hedgie aku yang beranak 5 hari tu kini tinggal 3.. Erm.. ok la kot.. mungkin ader sebab kenapa dia makan anak dia yang 2 ekor lagi yang kita tak tau.. Banyak2 pun nanti tak terbela.. Harap-harap yang ni dapat la membesar dengan sehat..

Read More...

 

OMG!!

By Ally Hanafi

Hari ni aku beli rm20 cengkerik, 6 ekor mice dan 2 ekor syrian hamster. Dengan confidentnyer aku letak kat keta sementara aku pergi berurusan ke sana ke sini. Panas memang terik masa ni. Aku cuma harapkan aircond kereta jer yang mampu sejukkan binatang-binatang ni.. Entah kenapa tiba-tiba aku dengar bising-bising kat belakang. Rupa-rupanya 6 ekor mice dah terlepas merayap kat belakang. Haha.. gabra ader.. nak tergelak lagi ler.. Sangat-sangat melucukan. Pas amik satu persatu masuk dalam akuarium yang aku beli tuk gecko aku.. aku pun teruskan perjalanan balik. Sampai jer kat rumah.. bila nak kuarkan hamster dari dalam kotak.. dua-dua ekor dah keras. Mak aii... tak sampai 2 jam aku tinggalkan dalam keta dah bleh jadi macam tu. Buang jer ler nak buat macamana. Buka plastik cengkerik semuanya mati. Aduhh... Rugi besar hari ni. Nasib baik hedgehog aku main bantai jer makan cengkerik walaupun cengkerik mati.. Kalau nak bagi gecko.. jangan mimpi ler dia nak sentuh kalau cengkerik tu tak bergerak. Ahh... Entahlah hari ni.. hari yang malang atau hari yang melucukan.. huhu...

Read More...

 

Mice Beranak 8!!~

By Ally Hanafi


Hari ni aku balik rumah.. secara kebetulan.. mice aku pulak beranak 8.. hihi.. macam tau-tau jer diorang ni.. tiap kali aku balik.. tiap kali tu jugala diorang beranak... agaknyer memang tunggu aku balik kot baru nak beranak. Erm.. dah cuba bagi makan gecko anak dia ni.. tapi macam gecko tu buat derk jer.. so aku amik balik letak semula kat mak dia.. nasib ler mak dia tak makan. Kesimpulannyer.. generasi ini akan dibiarkan membesar untuk menjadi induk supaya dapat lahirkan anak-anak mice yang lebih banyak.. hihi...


Read More...

 

Button Beranak 7!!

By Ally Hanafi


Hari ni hari ke 31 si Button bunting. Entah kenapa hari ni juga tergerak hati untuk pulang ke rumah. 2-3 jam kat rumah.. bila jenguk semula kandang arnab2 ni.. dah beranak ler pulak. Bermakna.. ketiga2 arnab yang pernah beranak kat dalam peliharaan aku disaksikan sendiri dengan mata kepala aku. Tapi menariknyer.. dia ni beranak cabut bulu pula.. walaupun tak banyak. Berbeza dengan si Whitey dan si Panda.. beranak langsung tak tunjuk tanda.. Tak per ler.. masing-masing punyer peel..


Read More...

 

Yayy... kemarin aku baru masukkan nestbox dan carikan newspaper kat dalam kandang si Panda.. Memang langsung tak ader tanda gelisah nak beranak. Cabut bulu? Jauh sekali!! .. Kemarin juga masuk hari ke-30 si Panda bunting. Pagi tadi kul 4 pagi sebelum bersiap nak gi sekolah.. aku pi tengok keadaan semua binatang peliharaanku tuk bagi makan. Jenguk kandang si Panda yang kuselubungi dengan newspaper dan kain kat tepi2 kandang dia supaya nampak gelap.. Alhamdulillah.. bergolek2 anak dia sebanyak 5 ekor kat luar nestbox. Sekor lagi dah memang tak bernyawa dan tak ada kaki.. x tau ler dia gigit ke.. atau premature baby.. Kelam kabut aku pindahkan anak-anak dia ke dalam nestbox.. Si Panda ni 1st time beranak.. jadi tak tau ler pandai atau tak pandai jaga anak.. Ditambah2 lagi dengan ketiadaan aku kat rumah selama beberapa hari... Mudah-mudahan orang yang diamanahkan untuk menjaga arnab2 aku ni dapat menjalankan tugas dengan baik..




Read More...

 

Welcome To Gecko!!~

By Ally Hanafi

Percubaan membela Sang Gecko..

Ada 5 ekor kesemuanyer... :)

Habitat semulajadi...

Cangkerik.. makanan gecko..

Read More...

 

Hamster Beranak 16!!~

By Ally Hanafi

Tak disangka-sangka 2 hari lepas.. hamster aku yang baru 26 hari lepas beranak 9 ekor beranak lagi dengan jumlah anak sebanyak 16 ekor.. Mak aii.. tambah-tambah besar family diorang ni. Kalau 9 ekor anak yang lepas hidup.. tentu tambah meriah. Tapi sayangnyer semua mati yang hari tu. Nak buat camner.. umur tak panjang. Lagi pun itu 1st time dia beranak. Ni kali kedua harap2 tak dimakannya ler.. Tapi banyaknyer sampai 16 ekor.. Huhu...

Percubaan menyembunyikan anak-anak dia...

Dah nampak dah sket...

tu dia.. 16 ekor kesemuanyer yang dahagakan nak menetek..

Juga update pic anak hedgehog yang dah masuk umur 5 hari dah hari ni. Harap-harapnya dapat membesar la dengan sehat. Bagi dia rehat dulu dalam sebulan dua.. pastu nak matekan lagi dengan yang jantan. Nak tengok berapa ekor pula anak yang berjaya dilahirkan. Arnab pula tak der berita lagi.. kena tunggu sebulan lagi ler.. sama ada berjaya atau tak si Panda ni melahirkan anak..

satu2nyer hoglet yang tinggal..

Read More...

 

Setelah sekian lama mencuba untuk mengahwinkan si Panda yang degil ni.. akhirnya tak disangka-sangka hari ni.. berjaya juga si jantan memanjatnya dengan girang dan kejung. 3 kali aku perhatikan si jantan kekejungan. Tapi yang menghampakan.. si jantan ni cuma arnab local.. huhu.. dah lama aku mengimpikan untuk mengahwinkan si Panda dengan LionHead Nicholas Jr.. tapi tak per ler. Asalkan dia dapat bunting dan melahirkan dengan sihat walafiat. Huh.. penantian selama 32 hari lagi. Mudah-mudahan berhasil.

Si Panda yang degil.. !!

Cerita lain pula.. sedang aku gigih nak bagi makan hedgehog aku.. bukan main tak bergerak lagi. Selalu aku baling ulat.. confirm terus tangkap. Kali ni pelik pula. TIBA-TIBA... keluar sesuatu dari lobang dia benda berwarna hitam besar.. mak aii.. berak pulak dia. Tapi sebesar itu?! Rupa-rupanyer bukan tahi, tapi anak dia yang pertama. Kenapa kaler hitam?! Aku pun tak tau ler.. tiba2 aku tengok balik.. dah tukar kaler pink + putih. Mungkin membran kot. Tapi yang kuar ni tak bergerak2.. mati ke? Kemudian aku biarkan.. 10 minit kemudian.. keluar lagi sekor.. pun tak bergerak juga. 5 minit kemudian.. keluar lagi sekor.. yang ni baru bergerak. So confirmla yang 1st dan 2nd mmg dah mati dari dalam perut lagi. Jangan silap ek.. aku tak tengok secara direct pun masa dia melahirkan hoglets ni.. aku sembunyi2 agar dia tak terganggu. Tapi aku penuh rasa yakin yang sekor ni pun belum tentu hidup.. Tapi kalau hidup.. syukur alhamdulillah. Maklumlah.. pertama kali beranak.

Beranak juga akhirnya...!!~

Read More...

 


Ah.. lantak la nak kata aper pun. Blog arnab tapi binatang dah macam-macam ader yang x der kaitan dengan arnab. Sugar Glider ni sebagai pet jer. Bleh bawa jalan-jalan pegi mana-mana. Takkan ler arnab besar gedabak tu ko nak bawa gi shoppingkan? Agak-agak ler.. Al kisahnyer pasal SG ni.. memang dah lama nak bela.. sejak zaman-zaman belum ader arnab lagi.. cuma SG ni tak pernah ader kat tempat ni. So berkesempatan kenal ngan member senegeri yang bekerja kat Shah Alam.. dan dia nak balik kampung sebab adik dia kawen.. aku pun berkirim ler dengan dia suruh beli kat sana. Tapi bestnyer.. selamba badak dia bawa naik kapal terbang masuk dalam beg galas dia.. Boleh kot naa... Tapi lagi mengejutkan dia bukan bawa sekor, tapi 4 ekor.. sekor dia punyer.. 3 lagi nak jual.. Hebat tak hebat member ni?! Langsung x bagi alasan susah nak bawa ler.. susah nak pos ke Sabah ler.. susah itu ler.. susah ini ler.. Harga SG ni pun pada aku berpatutan ler.. daripada yang baru-baru ni aku terjumpa kat petshop sini (1st time jual kot.. selama ni tak der pun..) RM950 sepasang .. baby lak tu. Tu dia.. tu baru hilang akal namanyer...

Temporary Cage.. looking for 3 feet cage!!

Haliuu... My Name is Isabell.. Of course i am female..


Read More...